fbpx

Cara Membuat Kek Perisa Oren Yang Gebu Dan Lembab. Tambahkan SunQuick Oren Je!

iCookAsia

Kek sponge vanilla kosong sudah bosan dan menjadi kebiasaan. Betul tak? Dalam membuat dessert, pasti kita nak ada kelainan. Apa kata kali ini, anda cuba perkongsian resepi Kek Oren daripada seorang pengguna Facebook ini. 

Jika anda cuba resepi ini, hasil adunan itu pasti gebu, tak kering dan lembab tau. Jom cuba!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Kek Oren ini 🙂

Bahan-bahan:

3 biji Telur (gred A)

1 sudu besar Ovalette

3 sudu besar Susu pekat

1/2 cawan Susu segar

3/4 cawan Gula halus (kalau nak manis, lebihkan)

2 cawan tepung gandum*

1 sudu teh Baking powder*

1 sudu teh esen vanila

1 cawan minyak jagung

1 sudu besar parutan kulit limau

3 sudu besar oren sunquick 

2 titis pewarna oren

Cara membuat:

  1. Ayak bahan-bahan bertanda (*)
  2. Blend kulit limau (parut, jangan kena kulit yang putih) dan tambahkan susu cair.
  3. Campurkan semua bahan dalam bekas.
  4. Whisk guna hand mixer dalam 10 minit sampai adunan gebu dan naik 3 kali ganda.
  5. Masukkan minyak masak (kaub balikkan guna spatula).
  6. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Ikut suka nak berapa dan warna apa. Lorekkan ikut kreativiti. Dah siap lorek, hentak loyang 3 kali untuk buang angin sebelum dimasukkan dalam oven.
  7. Panaskan oven sekejap sahaja. Guna tingkat paling bawah sekali.
  8. Suhu 130 c. Api atas bawah. Masa dalam 1 jam. Bergantung pada suhu oven masing-masing.

*loyang yang digunakan adalah loyang bulat bersaiz 4 segi saiz 8×8.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x