Kuih Beke Nyor ataupun Bingka Kelapa adalah antara kuih tradisional yang tidak ramai tahu. Ia juga susah untuk didapatkan di kawasan bandar dan tidak ramai juga yang buat untuk jualan. Tapi, tak popular tidak bermaksud tidak sedap tau.
Rasa bingka kelapa ini sangat berlemak manis dan berbau harum kerana kuih ini dibuat dengan teknik bakar. Kalau anda tidak pernah makan kuih ini, boleh lah cuba buat di rumah.
Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Beko/ Bingka Kelapa ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut
2 cawan kelapa parut muda
3 sudu besar gula
1 biji telur
Sedikit garam
¾ cawan air biasa
Cara membuat:
- Gaul sebati tepung pulut, gula, kelapa dan garam. Telur pukul sedikit baru masukkan ke dalam adunan. Kacau lagi.
- Akhir sekali, masukkan air. Gaul sebati dan boleh lah isikan ke dalam acuan. Kemudian bakar.
“Kuih ini ada acuannya, tetapi saya tak ada jadi saya bakar dalam acuan kecil-kecil seperti di bawah. Boleh saja guna acuan apa yang ada mengikut kesesuaian. Boleh juga guna acuan kuih cara tapi kena bakar atas dapur.”
Panaskan oven lebih kurang 150 °C dan bakar selama 1 jam atau masa dan suhu ikut kesesuaian oven memasing. Selalu check ikut kegaringan dan warna yg disukai.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/