Tradisi orang Melayu ini penuh dengan jenis-jenis hidangan atau makanan. Lebih-lebih lagi jenis kuih-muih. Nama untuk setiap kuih pula ada yang pelbagai untuk satu jenis Kuih. Seperti Kuih Bingka, yang juga dipanggil dengan nama Kuih Bengkang.
Tetapi Admin tak nak cerita banyak tentang sejarah kuih muih. Admin nak kongsikan satu resepi daripada seorang pengguna Facebook ini, dimana beliau membuat Bengkang Ubi Kayu ini versi Gula Merah. Biasa nampak orang buat Bengkang atau Bingka Ubi Kayu biasa kan? Ini ditambah dengan gula merah. Nak tahu apa rasanya? Jom cuba buat!
Terima kasih Khomisah Komtom untuk perkongsian resipi Bengkang Ubi Kayu ini 🙂
Bahan-bahan:
3 cawan ubi kayu parut (tapis dan ambil kanjinya)
1 cawan gula merah * (kalau tidak suka manis, boleh kurangkan)
3/4 cawan gula putih *
2 cawan santan pekat *
3 helai daun pandan *
1/2 sudu kecil garam
Cara membuat:
- Bahan-bahan yang bertanda (*) dimasak atas api bagi larut. Sejukkan dulu.
- Gaul bahan-bahan yang telah dimasak diatas bersama ubi kayu parut.
- Masukkan kedalam loyang.
- Bakar dalam 45 minit hingga 1 jam (atau lebih sikit kalau nak cantik garingnya).
- Setelah masak, sejukkan dulu baru dipotong.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Khomisah Komtom (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos