fbpx

Cara Membuat Puding Roti Tembikai Yang Sedap. Cantik Kejadiannya!

iCookAsia

Kebiasaannya ramai makan Puding Roti yang biasa tu tapi kali ini, boleh cuba buat resepi Puding Roti Tembikai. Bertambah selera anak-anak di rumah nak makan. Tengok sahaja pun dah tak sabar nak makan. Yang penting, rasa nya yang sedap boleh buat tak cukup makan sikit sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih Fatin Idrus untuk perkongsian resipi Puding Roti Tembikai ini 🙂

Bahan-bahan:

3 atau 4 keping roti (potong bahagian tepi roti)

1/2 cawan gula

1 biji telur

1 cawan susu cair

2 sudu besar susu pekat manis

3 setengah cawan air

1 sudu kecil Esen Vanila

1 paket atau 10 gram serbuk agar-agar (plain) – nak ganti guna agar-agar tali pun boleh 10 gram

Pewarna hijau dan merah

Coklat cip

Cara penyediaan:

  1. Masukkan roti, gula, susu cair, susu pekat, telur, esen vanila dan 1/2  cawan air ke dalam blender. Kisar halus.
  2. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk dan masukkan 3 cawan air.
  3. Masukkan serbuk agar-agar dan kacau sebati sehingga mendidih.
  4. Setelah masak, bahagikan kepada 3 bahagian iaitu untuk warna merah, hijau dan putih. Lebihkan warna merah dan kurangkan warna putih.
  5. Seterusnya, gunakan loyang yang bersesuaian. Pastikan loyang dibasahkan sikit untuk memudahkan puding keluar nanti.
  6. Masukkan warna hijau ke dalam loyang kemudian putih dan akhir sekali merah. Putih dan merah mestilah diletakkan di tengah-tengah.
  7. Sejukkan. Apabila puding sudah mengeras, boleh lah dipotong dan letakkan coklat cip di atasnya sebagai biji tembikai dan boleh dihidang.

Nota:

  1. Bekas untuk bahagikan kepada 3 bahagian itu seeloknya gunakan yang bertangkai sebab puding masih panas dan takut terlepas ketika nak tuangkan ke dalam loyang.
  2. Kalau nak sedap lagi boleh dimakan bersama sos kastard.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fatin Idrus(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x