fbpx

Cara Membuat Roti Sardin Menggunakan Air Fryer. Kurang Berminyak, Lebih Sihat.

iCookAsia

Kalau anda peminat masakan Sardin, pasti suka kalau dijadikan inti bersama Roti kan? Tetapi, kebiasaannya, hidangan Roti Sardin ini digoreng dalam minyak masak yang banyak. Jadi hasilnya berminyak betul. Itu yang buat takut nak makan. 

Antara cara lain yang boleh anda buat adalah dengan menggunakan Air Fryer. Bila guna perkakas dapur moden ini, sudah pasti mengurangkan penggunaan minyak. Sedap pun sedap! 

Terima kasih Eniza M. Salim untuk perkongsian resipi Roti Sardin ini 🙂

Bahan-bahan:

1 tin sardin 

10 keping roti wholemeal (nak guna roti putih biasa pun boleh)

5 keping cheese

Majerin (untuk  sapuan pada roti)

1 biji bawang besar

2 sudu cili kisar

5 biji cili api

2 sudu mayonis

2 biji telur

Sedikit minyak

Cara membuat:

  1. Tumis bawang besar yg telah dihiris dan masukkan 2 sudu cili kisar.
  2. Masukkan cili api yang telah diracik.
  3. Kemudian, masukkan sardin dengan sedikit kuahnya. Biarkan sambal sardin sedikit kering.
  4. Perasakan dengan lada putih berperisa. Apabila sudah kering, sejukkan dan campurkan mayonis kedalam sardin. Hancur-hancurkan dan sedia untuk diguna.
  5. Roti di sapu marjerin dan letak separuh cheese yang telah dipotong dua. Selepas itu, letak sambal sardin, lipat dan ulang hingga habis.
  6. Masukkan roti ke dalam telur yang telah di kocak. Kemudiaan masukkan kedalam Air Fryer.

*Sebelum bakar, spray roti dengan minyak masak.

  1. Bakar lebih kurang 5 minit dan terbalikkan selepas dua minit. Setkan suhu 170.

*Sambal inti sardin boleh buat ikut cara masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eniza M. Salim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x