in ,

Cara Membuat Sambal Tumbuk Sebagai Penambah Selera. Letak Limau Kasturi, Rasa Lagi Bertambah Padu.

Kadang-kadang perut ini ada masa atau harinya mahu hidangan yang simple  sahaja. Nasi putih kosong dan sambal tumbuk contohnya. Ataupun Nasi Bujang. Simple  sahaja tetapi mengenyangkan. Kalau anda rasa seperti itu hari ini, jom buat Sambal Tumbuk ini. 

Digandingkan pula dengan Sayur Bening, atau Ulam, Telur Dadar atau Ikan Goreng, mesti lagi NGAM. Eh, terliur pula Admin!

Terima kasih Yana Jais untuk perkongsian resipi Sambal Tumbuk ini 🙂

Bahan-bahan:

Cili Padi 15 biji atau lebih (ikut tahap kepedasan masing-masing)

Bawang Merah, putih 3 ke 4 biji (digoreng sekejap)

Ikan Bilis goreng garing

Sedikit garam sebagai perasa

Hirisan Limau Kasturi (ambil perahan air Limau dan gaul bersama sambal) 

Cara membuat:

  1. Goreng semua bahan. 

*Tapi kena ingat, untuk berhati-hati apabila menggoreng Cili padi. Goreng sekejap sahaja untuk elak meletup dalam kuali.

  1. Di perahkan pula dengan Perahan Limau Kasturi (lagi power).

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yana Jais (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0