in ,

Cara Membuat Telur Dadar Menggunakan Air Fryer. Kalau Nak Lebih Garing, Boleh Naikkan Suhu.

Siapa sahaja yang tidak tahu untuk memasak telur dadar kan? Senang sangat lah! Habis itu, kenapa ada lagi perkongsian resipi ini? Ha, sekarang ini dah ramai yang gunakan perkakas dapur yang cepat dan mudah iaitu Air Fryer. Siapa sangka, Air Fryer pun boleh masak telur dadar tau. Mana lah tahu, ada yang malas untuk menggoreng atas api dan kuali, boleh guna cara ini. 

Terima kasih Shazz Ela untuk perkongsian resipi Telur Dadar ini 🙂

Bahan-bahan:

Telur 2 biji

Bawang

Cili

Garam secubit

1 sudu teh tepung jagung

Cara penyediaan: 

  1. Pukul telur, garam dan tepung jagung. Masuk semua bahan lain. 
  2. Sapu loyang dengan butter atau nak sapu minyak pun boleh. (Nak lagi sihat, lapik baking paper sahaja).
  3. Masuk telur tadi ke dalam loyang.
  4. Masak dlm Air Fryer, set kan pada suhu 180° selama 7 minit. Ikut Air Fryer masing-masing ya.

*Nak lebih garing, boleh tambahkan suhu.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Shazz Ela (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0