Ayam masak kurma memang sangat sedap dengan kepekatan kuahnya. Kalau dapat tambah kerisik pun sedap tapi kalau tak letak pun, rasanya masih sama. Memang best betul dapat makan dengan nasi panas, kombinasi yang cukup la orang kata.
Apa lagi, jom kita try.
Terima kasih Ida Akmal Idameor untuk perkongsian resipi Ayam Masak Kurma ini 🙂
 Bahan-Bahan:
Bahan A:
1/2 ekor ayam
2 paket kecil serbuk kurma ayam
Bunga lawang dan kulit kayu manis
1 kotak santan pekat
4 biji kentang
1 biji lobak merah (potong ikut citarasa sendiri)
Sedikit air
1 biji bawang besar (potong 4 bahagian)
Cili besar merah dan hijau
Perasa dan garam
Bahan B (Untuk Dikisar):
5 biji bawang merah kecil
3 biji bawang putih
Halia
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, panaskan minyak.
- Masukkan bahan kisar, bunga lawang, kulit kayu manis dan serbuk kurma ayam. Kacau sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam dan kacau sebati. Biarkan ia masak seketika.
- Seterusnya, masukkan kentang, lobak merah dan sedikit air. Letak air ikut banyak mana kuah yang kita mahu.
- Apabila kentang dan lobak merah sudah empuk, masukkan santan. Kacau sebati sehingga mendidih.
- Kemudian, masukkan bawang besar yang dipotong 4 bahagian tadi, cili besar merah atau hijau.
- Akhir sekali, masukkan perasa dan garam. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ida Akmal Idameor(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos