in ,

Cara Mudah Membuat Roti Pandan. Hasilnya Memang Gebu Dan Lembut Sangat! Rugi Tak Kalau Tak Try.

Roti Pandan ini memang sedap kalau dapat makan pada waktu petang. Lepas kerja di rumah atau jika anda baru habis kelas online, haa… boleh la rehat-rehat dengan makan roti pandan cicah air teh. Sedap… 

Tak sembut nak buat pada hari bekerja, boleh simpan resipi ini siap-siap dan buat Roti Pandan gebu gebas ini pada hari minggu. Jom try?

Terima kasih Ain Athirah untuk perkongsian resipi Roti Pandan ini 🙂

Bahan-bahan:

1 paket yis (11g)

1 cawan air

5 sudu besar gula

 

*Campur semua bahan, kacau dan biarkan sampai yis kembang (20-25 minit).

 

5 cawan tepung gandum

1 biji telur

3 sudu besar susu pekat

2 sudu besar marjerin

2 sudu besar emulco pandan

1/2 sudu kecil garam

 

*Campurkan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian masukkan air campuran yis tadi sedikit demi sedikit. Uli doh selama 25 minit (saya guna mixer).

 

*Kalau doh melekit, tambah tepung sikit.

*Kalau doh tak melekat, tambah air sikit.

Caranya:

  1. Biarkan doh kembang selama 1 jam. Kemudian tumbuk-tumbuk manja sikit doh tu untuk keluarkan udara. Uli sekejap dan boleh bentuk kan jadi bulat/panjang.
  2. Oles loyang dengan marjerin. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 170 C. “Saya guna rak paling bawah dalam oven”.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ain Athirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0