in ,

Cara Paling Senang Buat Ayam Masak Kicap Berempah. Makan Seketul Mesti Tak Cukup Ni….

Ayam masak kicap ini antara resipi yang sangat mudah. Tetapi kebiasaannya, kita akan jumpa atau masak dengan berkuah. Sesekali, cuba kita masak cara berempah pula. Jarang jumpa kan? Tetapi perkongsian resipi ini paling banyak permintaannya dan paling sedap. Haa.. belum cuba belum tahu!

Terima kasih Normilawati Nordin untuk perkongsian resipi Ayam Masak Kicap Berempah ini 😀

Bahan-Bahan:
10 ketul Ayam (digoreng dengan garam dan kunyit)
4 ulas Bawang merah (dihiris)
3 ulas Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Lada benggala/cili padi/cili besar
Sesudu kecil serbuk kurma
4 sekawan (bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga)
Sedikit serbuk cili (kalau suka)
Kicap manis
Bawang besar hiris
Secubit garam
Sesudu gula
Serbuk cukup rasa

Cara membuat:
1. Ayam digoreng.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan empat sekawan.
3. Setelah layu, masukkan rempah kurma dan serbuk cili.
4. Masukkan kicap manis dan sedikit air.
5. Letakkan ayam, lada benggala atau lada yang lain-lain dan bawang besar yang telah dihiris.
6. Letakkan garam, gula dan serbuk cukup rasa. Seimbangkan rasa dan Ayam Masak Kicap Berempah siap untuk dihidang!

Mudah kan? Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Normilawati Nordin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0