in ,

Cara Terbaik Membuat Donut. Ikut Resepi Ini Untuk Hasil Yang Lembut Dan Gebu.

Ada yang rindukan Donut yang dijual pagi-pagi di gerai tepi jalan? Selalunya, disitulah donut cara tradisional nya dijual. Bukan donut versi moden yang ada inti filling ya, hehe. 

Jom kita buat Donut cara tradisi nya. 

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Donut ini 🙂

Bahan-bahan:

11g yis

3 sudu besar gula

180 ml air suam

*campur sekali dan biarkan kembang dan berbuih

 

2 ½ cawan tepung gandum

1 biji telur

3 sudu besar susu tepung

2 sudu besar marjerin

1 sudu besar susu pekat (optional)

Secubit garam

 

Cara membuat:

  1. Masukkan dulu 2 cawan tepung dan gaul sehingga menjadi serbuk roti. Kemudian tuang air campuran yis tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
  2. Uli sehingga menjadi doh dan tidak lekat di tangan. Kalau adunan masih lembik, masukkan tepung yang lebih tadi sikit sikit. Jangan masukkan semua terus.
  3. Uli lebih kurang 15 – 20 minit atau sampai doh jadi licin.
  4. Biarkan doh naik 2 kali ganda dalam masa 1 jam dalam keadaan bertutup.
  5. Apabila sudah kembang doh tadi, tumbuk-tumbuk sikit untuk buang angin. Kemudian boleh buat bentuk, nak guna tangan pun boleh, nak guna acuan pun boleh.
  6. Biarkan lagi dalam 10 minit. Kemudian boleh lah goreng.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0