Selama ini, adakah anda mengetahui fungsi-fungsi untuk setiap potongan bahan masakan di dapur? Siapa sangka, seorang guru Bahasa Inggeris ini sendiri yang kongsikan jenis jenis memotong bawang bersama dengan fungsi nya sekali.
Sangat berinformasi! Selepas ini, senang lah untuk kita tetapkan cara memotong bagi sesuatu masakan. Betul tak?
Terima kasih Faridh Rezza untuk perkongsian tips atau cara makan di dapur ini 🙂
Dari kiri:
HIRISAN TENGAH – Sesuai untuk sup atau masakan yang memakan masa lamak.
HIRISAN TEPI – Sesuai untuk masakan bertumis (sayur atau nasi goreng).
MINCED/DICED (CINCANG/DADU) – Sesuai untuk masakan yang mementingkan paras rupa (presentation) dan sesuai untuk orang yang tak suka kunyah bawang. “Tapi potongan tok paling cepat hangus haha!”
CRUSHED/HANCUR – Sesuai untuk masakan yang betunok (grilled/oven), stew, dan perapan.
POTONGAN SEPARUH/BUNGA – Sesuai untuk merembeskan wangian/aroma dan perasa bawang putih ke dalam masakan (stew, roast, searing).
Berguna kan info di atas? Semoga membantu! 😉
Kredit resipi dan gambar: Faridh Rezza (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/