fbpx

Corndog Cheese Tarik Dan Cheese Stick Meleleh, Makan Panas-Panas And The Rest Is History

iCookAsia

Bila buat sendiri, satu resepi boleh dipelbagaikan. Macam Corndog Cheese Tarik ini, apa kata cucukkan sahaja mozzarella cheese dan salutkan dengan tepung dan goreng. Wow, sebiji macam menu tengah viral tu kan?

Bahan :
Lidi
Sosej
Mozarella cheese block
Serbuk roti
Bahan Salut Tepung:
2 cawan tepung gandum
2 sb serbuk penaik
2 sk garam
2 sk gula
6 gm yis
2 cawan susu penuh krim
1 biji telur

Cara :
1. Cucuk sosej berselang seli dengan mozzarella cheese. Dan cucukkan mozzarella cheese sahaja.
2. Gaulkan semua bahan bancuhan tepung. Jangan terlalu cair atau pekat. Sejukkan selama 15 minit dalam peti ais.
3. Masukkan bancuhan tepung dalam gelas tinggi supaya senang untuk mencelup stick.
4. Selepas itu, gaulkan atau golekkan dengan serbuk roti.
5. Gorengkan sehingga kuning keemasan. Boleh juga dibekukan.

Sumber : Aleen Shinara

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x