fbpx

Cuba Bahulu Versi Cupcake Rose Ni, Semudah ABC.

iCookAsia

Jika tiada acuan bahulu, tiada masalah kerana resipi dan adunan yang sama boleh dijadikan versi cupcake mini. Resipi Cupcake Rose perkongsian Nitaharry ini juga cukup mudah untuk disediakan.

 

Bahan :

1 cawan Telur – dalam 5 biji

1 cawan penuh Tepung gandum

1 sk Baking powder

3/4 cawan Gula halus

1 sb Ovalette

Esen vanila atau esen rose

 

Cara :

  1. Mixer telur bersama ovelette, gula dan esen vanila sehingga gebu.
  2. Selepas itu masukkan tepung gandum dan baking powder. Mixer lagi sehingga gebu.
  3. Sediakan acuan cupcake dan masukkan adunan tadi. Letakkan separuh sahaja kerana cupcake akan kembang dan naik.
  4. Bakar pada suhu 160c selama 18 hingga 20 minit atau mengikut ketuhar masing-masing.
  5. Gunakan warna merah ceri untuk melorek gambar bunga di atasnya.

Kredit resipi & foto : Nitaharry

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x