in , , ,

Dadih Guna Susu Kotak. Tekstur Lembut Dan Sedap Baq Hang. Resipi #Ramadan

Tesktur dadih menggunakan susu kotak ini cukup lembut dan keenakannya sukar nak digambarkan. Rugi kalau tak cuba. Kali ini kita gunakan agar-agar tali untuk membuat dadih.

 

“Dengan kata-kata : DADIH. Dah lama viral, baru nak cuba 😂🤭 Sunguh, sangat-sangat sedap! 😋 Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang! 😉

Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba!”

 

Bahan :

1 liter susu kotak

Agar-agar tali 20g. Guna 1/3 saja

Gula ikut kemanisan sendiri

Garam secubit rasa

1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar

 

Cara :

1. Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.

2. Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api.

3. Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

4. Siap untuk ditelan.

Sumber : Novelis Afieyza Isahak

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0