in , , ,

Daging Goreng Mak Mertua. Simple Je Tapi Sedap Menyelerakan.

Nak membuat daging goreng gaya mak mertua ini tidak sukar pun, malah ini merupakan hidangan paling mudah untuk disediakan namun cukup lazat.

Hanya tiga bahan diperlukan iaitu daging, bawang besar dan cili padi. Tapi bila makan confirm bertambah. Daging tidak perlu direbus terlebih dahulu kerana ia akan mengurangkan rasa manis daging. Dan sebaiknya gunakan daging batang pinang untuk hasil yang lebih mengancam. Kalau ada bahagian lemak lagi sedap.

 

Bahan :

Daging – hiris

Serbuk kunyit

Minyak masak

Bawang besar – hiris

Cili padi – hiris

 

Cara :

  1. Panaskan kuali dan masukkan daging yang telah dihiris. Pada waktu ini jangan masukkan minyak masak, biarkan air keluar daripada daging.
  2. Selepas daging mula bertukar warna, masukkan serbuk kunyit dan gaul rata. Biarkan daging masak sehingga kering.
  3. Kemudian baru masukkan minyak. Masukkan lebih untuk dijadikan penambah perasa untuk digaul dengan nasi putih.
  4. Masukkan bawang besar dan cili padi yang telah dihiris. Lebih banyak lebih sedap dan perasakan dengan garam dan perasa.
  5. Tutup kuali dan biarkan daging masak sebentar sehingga lembut.

Kredit resipi & foto : نور وان چيق

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0