fbpx

Daging Gulai Kuning

iCookAsia

 

Resepi Daging Gulai Kuning

Bahan-bahan:

200 gram daging

4 ulas bawang merah

1 sudu ketumbar

2 biji cili kering

1 cm kunyit

1 cm lengkuas

2 biji cili hijau

1 keping asam

2 cawan santan

1 sudu kerisek

sedikit garam

Cara membuatnya: 

  1. Daging dipotong kecil dan direndam dalam air garam kira-kira setengah jam dan toskan. 
  2. Kisar bawang merah, ketumbar, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, dan cili kering. 
  3. Masukkan daging ke dalam periuk, dan gaulkan dengan bahan-bahan yang dikisar tadi.
  4. Kemudian, masak sehingga daging empuk.
  5. Setelah itu, masukkan santan diikuti dengan garam dan asam keping dan biarkan mendidih sehingga pecah minyak. Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan kuah berketul.
  6. Akhir sekali, masukkan kerisek yang dicairkan dengan sedikit kuah diikuti dengan cili hijau. Kacau dan biarkan mendidih sebentar sehingga cili layu dan sedia untuk dihidang. 
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x