fbpx

Daging Masak Hitam Tok Besah Versi Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Cukup Power. Lagi Lama Perangat, Lagi Sedap Rasanya.

iCookAsia

Resipi Daging Masak Hitam Tok Besah ini dikongsikan peserta Masterchef Malaysia 2, Mohamad Ismail Amir. Menurut Cikgu Ismail, Daging Masak Hitam ini lagi lama dihangatkan, lebih enak rasanya.

Cikgu Ismail banyak berkongsi resipi ibu tercinta Tok Besah untuk panduan dan manfaat pembaca yang rindukan air tangan orang dulu-dulu. Boleh ikuti perkongsiannya di laman Facebook.

“#ResepiTokBesahDimasakCikguMasterchef

Hari ni kita masak resepi power Tok Besah iaitu Daging Masak Hitam Versi Orang Tua Dulu2(pakai kismis hitam tau)…Masakan ni kalau lagi lama perangat,lagi sedap rasa dia …kira ni sekali masak untuk stok makan 3 hari la na kami 2 beranak…jangan dok salah anggap plk post pic makanan di musim Covid-19 ni…kami share resepi utk pahala amal jariah sy dan Tok Besah untuk semua rakyat Malaysia,ambik free ja ilmu ni ,takyah bayar pun..biar dibayar oleh pahala Allah ja dia alam sana …….hehe Selamat mencuba semua,resepi ada di setiap pic.”

 

Cara :

Bahan-bahan yang diperlukan ialah bawang merah dihiris, bawang putih dihirs, tiga sekawan, daun kari, daun pandan dan serai.
Tumis semua bahan sehingga naik bau.
Masukkan serbuk kunyit, serbuk kari daging, jintan manis dan biji rempah.

Masukkan kismis hitam, kunyit dan halia yang telah dikisar ke dalam periuk.

Masukkan kicap manis.
Masukkan kerisik.

Masukkan satu kilo daging ke dalam periuk.
Perasakan dengan garam, gula melaka dan asam keping.

Kredit resipi & foto : Mohamad Ismail Amir

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x