fbpx

Dah Cuba Resepi Viral Kari Ayam Tanpa Tumis Sugu Pavithra? Aromanya memang Umpphh!

iCookAsia

Semenjak negara kita dilanda virus Covid-19, kerajaan telah melaksanakan PKP dan berbagai jenis SOP diperkenalkan. Pelbagai trend dan gelagat yang keluar dalam musim ini. “Sugu Pavithra’, antara nama yang trending semasa PKP. Surirumah yang berkongsi resepi telah viral sehingga mencapai beratus ribu view.

Antara resepi beliau yang popular ialah Kari Ayam Tanpa Tumis. Cara memasak tanpa tumis ini memang lain, tak perlu menggunakan santan, dan aroma yang dikeluarkan memang sangat sedap! 

Jom kita tengok perkongsian dari saudari Khairul Nisah Abd Aziz dan cuba resepi ini 😍

Bahan-bahan

Ayam seekor saiz sederhana

2 biji bawang besar (potong nipis)

2 biji kentang (potong ikut kesesuaian)

3 helai daun pandan (potong 4 bahagian)

2 biji tomato (potong memanjang)

2 biji cii besar (potong memanjang)

3 tangkai daun kari

1@2btg Kulit kayu manis (saiz sederhana)

3 biji bunga lawang

Sedikit halia setebal 2cm (tumbuk hancur)

9 ulas bawang putih (tumbuk hancur)

Sedikit minyak (5@6 sudu besar)

3 sudu besar serbuk kari daging/ayam

1 ½ sudu besar serbuk ketumbar

½ sudu besar serbuk kunyit

2 sudu besar serbuk cili kering 

 

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan gaul sebati.

2. Masak atas dapur sehingga keluar air ayam dan pecah minyak.

   

3. Masukkan air mengikut citarasa.

4. Masukkan garam secukup rasa, sedikit daun ketumbar@ parsley, sedikit daun bawang, potong bulat-bulat. 

5. Selepas kuah menggelegak, dan ubi kentang lembut, biarkan selama 2minit, tutup api dan periuk.

6. Selepas 2 minit, baru buka penutup. Aromanya…wallaaa~~

Memasak memang mudah jika menggunakan periuk dari SHEFU. Dapatkan periuk anda di https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x