in ,

Dengan 1 Resepi, Boleh Buat 3 Jenis Menu. Donut, Roti Pizza dan Roti Sosej. Wow, Senang Lah Kerja Lepas Ni!

 

Donut, Roti Pizza dan Roti Sosej. Banyak dan menu sedap tu. Siapa sangka, pengguna Facebook ini telah memudahkan proses memasak atau ‘baking’ kita. Beliau berkongsi hanya dengan satu resipi bersama dengan bahan utama, boleh buat tiga jenis menu. Kesemuanya yang berunsurkan roti atau doh. Lepas ni, kalau uli doh, boleh sediakan berbagai jenis. Baru meriah kan?

Terima kasih Naz Reen untuk perkongsian 1 resepi yang berguna ini 🙂

Bahan A

1 cawan air suam (suam panas)

2 sudu besar susu pekat

1 paket yis (mauripan)

Caranya: 

  1. Satukan semua bahan dalam jug dan kacau hingga larut. 
  2. Biarkan sehingga yis berbuih atau kembang. 

*Sementara tunggu kembang, jom sediakan bahan-bahan B

Bahan B

5 cawan tepung gandum (jenama Cap Ros)

3 sudu besar majerin (jenama Planta)

Caranya: Masukkan kedalam besen/ bekas dan gaul sebati.

Bahan C

3/4 cawan air paip/ mineral

*Tak tau nak sukat bagaimana? Ambil gelas, anggap gelas ada 4 bahagian. Isi 3 bahagian gelas dan maknanya ia tidak sampai 1 cawan.

Caranya: 

  1. Apabila yis sudah cukup kembang, masukkan kedalam Bahan B dan gaul. 
  2. Tambah bahan C sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tak melekat di tangan atau sampai lembut. Lebih kurang 10 minit. 
  3. Tutup bekas dan biar hingga kembang selama 20 minit. 
  4. Tumbuk-tumbuk doh dan boleh lah bentukkan ikut suka.
  5. Biarkan doh kembang lagi 10-15 minit dan boleh mula menggoreng.

*Untuk Roti pizza, bakar pada suhu 180°c selama 20 minit. 

Nota:

*Pastikan cawan yang sama untuk sukat air dan tepung.

*Untuk buat donat frozen, goreng separuh masak. Dah sejuk boleh pack dan simpan dalam peti.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Naz Reen (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0