Resipi Bengkang Ubi Kayu hasil perkongsian Yusaimi Yusuf ini bukanlah resipi turun temurun daripada nenek moyang, sebaliknya diolah sesedap mungkin daripada pelbagai sumber resipi dan hasilnya, wallahhhh cukup enak.
Malah kaedah merenjis campuran santan dan marjerin di atas permukaan bengkang yang dibakar dapat menghasilkan rasa yang lebih berlemak masin dan berkerak.
Bahan A :
300 gm Ubi kayu – parut atau kisar
1 cawan Gula – boleh jika nak kurangkan
Garam secukup rasa
1 biji Telur ayam
1/2 cawan Santan pekat
1/4 cwn @ 5 sb Minyak masak
3 sb Susu tepung
Bahan renjis :
1/4 cawan Santan pekat
1 sb Marjerin
Cara :
- Gaulkan semua bahan A dan ketepikan. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8’ yang telah dilengserkan minyak.
- Bakar pada suhu 175c selama 30 hingga 40 minit.
- Masukkan bahan renjis di dalam periuk dan panaskan sehingga marjerin larut.
- Apabila permukaan bengkak nampak kering sedikit, ratakan bahan renjis di atas permukaan bengkak untuk mendapatkan permukaan yang berkerak dan lemak masin daripada marjerin.
- Teruskan bakar sehingga keperangan.
Kredit resipi & foto : Yusaimi Yusuf
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/