fbpx

Florentine Tart Coklat, Gabungan Dua Kuih Raya Dalam Satu Acuan. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Uniknya gabungan dua biskut enak ini menjadi satu. Adunan kacang mewah dari Florentine bersama based tart dan disiram dengan sos coklat. Fuh, tak sempat raya dah habis rasanya.

Caranya juga cukup mudah, tak perlu nak diuli tepung, terap atau sebagainya.

Untuk topping, boleh pelbagaikan mengikut citarasa. Selain coklat, boleh tukarkan kepada butterscotch, blueberry, Nutella dan sebagainya.

Untuk coklat, cara yang paling mudah ialah menggunakan jenis coin. Masukkan ke dalam bekas dan panaskan di dalam oven sehingga coklat cair. Tidak perlu menggunakan kaedah double boil. Selepas itu terus masukkan ke dalam piping beg dan lorengkan di atas tart.

“Siapkan florentine tart coklat tuk mlm ni..

Susun sebalang..yg singah kat mulut banyak dah.”

 

Cara :

1. Beli kulit tart di kedai kek.

2. Beli kekacang yang disukai.

3. Beli tepung florentine.

4. Satukan kekacang dengan tepung Florentine dan gaul rata.

5. Cedukkan kekacang tadi ke dalam kulit tart.

6. Bakar pada suhu 120-150C menggunakan api atas bawah selama 15 hingga 20 minit atau mengikut oven masing-masing.

7. Kena selalu tengok takut hangus. Bila kekacang nampak keperangan, kira dah masak.

8. Keluarkan dan terus oleskan dengan coklat cair.

*jika mahukan kacang kekal rangup, sangai atau bakar dahulu sebelum digaul bersama tepung florentine.

Sumber : Mas Intan Masman‎

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x