in ,

Gabungkan Dua Jenis Kek Dalam Satu Kek. Hiasan Kek Pisang 2 Benua Ni Memang Betul Menarik Dan Tertarik.

Pencuci mulut yang menggunakan Pisang dan Coklat ini memang sudah dapat agak rasanya yang cukup sedap. Dua bahan ini adalah gabungan yang mantap. Pernahkah anda terfikir untuk membuat sebiji kek yang mempunyai dua perasa, hanya kerana nak jimat bahan. Atau kadang itu, nak buat dan bakar sekali gus sahaja, dan kuantiti yang nak dimakan pun hanya sedikit. 

Haa! Disini Admin akan kongsikan resipi daripada seorang pengguna Facebook di mana Kek Pisang ini terdapat satu perisa yang biasa dan yang kedua mempunyai perisa koko. Kek ini sangat istimewa sehingga diberi nama Kek Pisang 2 Benua. 

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Kek Pisang 2 Benua ini 🙂

Bahan-bahan:

3 biji pisang berangan

180ml minyak masak

3 biji telur

150gm gula perang

1 sk esen vanilla/esen pisang

Sedikit garam

*dikisar semua bahan di atas

1 1/2 atau 2 sb serbuk koko

150gm tepung gandum

1 sudu kecil baking powder 

1 sudu kecil soda bikarbonat

*di ayak bersama

Cara membuat:

  1. Tuang bahan kisar dalam bahan ayak. Kacau sampai sebati
  2. Bahagi dua adunan. Satu letak serbuk koko. Kacau-kacau rata.
  3. Sediakan  loyang 8×8, masukkan dua-dua adunan nak jadi 2 benua tu atau sengetkan loyang. Tuang yang plain, kemudian yang coklat
  4. Hias dengan hirisan pisang, badam, coklat, kacang dan lain-lain. 
  5. Bakar pada suhu 160’C  40 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0