fbpx

Gebunya Cakoi Ni, Lembut Sangat Bila Dikunyah. Sesuai Dimakan Dengan Sos Karamel

iCookAsia

Resipi Cakoi Gebu Gebas ini memang mudah disediakan. Dan jika anda rajin, boleh tambahkan bijan sebelum menggoreng, rasanya cukup enak dan berikan rasa manis dan rangup dalam setiap kunyahan.

Disertakan juga cara membuat sos karamel sebagai pelengkap hidangan.

Terima kasih Suraya Yaacob atas perkongsian.

 

Bahan :

300 gm Tepung gandum

2 sb Gula

1 biji Telur

1 cawan Air

1 sk Baking powder

1/3 cawan Minyak masak

1/2 pek Yis

Cara :

  1. Masukkan tepung, gula, yis dan baking powder dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
  2. Selepas itu masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Masukkan telur dan gaul sebati. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Masukkan minyak masak separuh sukatan dan uli lagi. Kemudian masukkan baki minyak tadi dan uli sehingga doh menjadi lembut.
  4. Taburkan tepung di atas papan canai. Canai doh setebal 5 mm. Tidak perlu tebal sangat dan jangan terlalu nipis.
  5. Potong doh bersaiz 20 cm x 10 cm. Ambil sebatang lidi dan celupkan ke dalam air. Letak lidi pada doh dan tindih dua doh supaya berlapis. Ulang sehingga doh habis.
  6. Taburkan tepung pada dulang dan letakkan cakoi yang siap dibentuk tadi. Tunggu sehingga cakoi kembang.
  7. Panaskan minyak. Angkat satu cakoi dan tarik sedikit memanjang dan masukkan ke dalam kuali. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan minyak.

 

Bahan sos karamel :

1 cawan Gula

½ cawan Susu pekat

½ cawan Air

1 sb Butter

Cara :

  1. Masak gula di atas dapur sehingga perang.
  2. Kemudian masukkan susu pekat dan biarkan ia sebati.
  3. Tambahkan air supaya sos karamel menjadi cair.
  4. Akhir sekali masukkan butter dan tutup api.
  5. Sos karamel sangat cair ketika panas tetapi menjadi dua kali ganda pekat apabila sejuk.

Kredit resipi & foto : Suraya Yaacob

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x