Ramai yang sukakan German Cookies kerana teksturnya yang gebu dan cair di mulut. Ia juga dipanggil biskut kentang kerana menggunakan tepung kentang sebagai bahan utama. Kalau nak rasa yang lebih premium, pilih butter yang berkualiti tinggi.
Bahan :
250 gm butter
80 gm gula aising
1 sk esen vanila
250 gm tepung ubi kentang
160 gm tepung gandum
Pewarna pilihan
Cara :
- Pukul butter dan gula aising sehingga gebu menggunakan mixer.
- Kemudian tambah esen vanilla.
- Masukkan tepung ubi kentang dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kaup balik.
- Gaul doh sehingga sebati dan asingkan untuk letak pewarna
- Buat doh kecil-kecil dan tekan dengan garfu di atas dulang pembakar
- Bakar pada suhu 170C selama 15 hingga 20 minit.
Sumber : MiRä MödëRnö