Resipi Gulai Ayam Padang merupakan masakan authentic dari Indonesia. Ia seakan-akan seperti masakan gulai masak lemak, namun apa yang berbeza, masakan ini ditumis terlebih dahulu dan menggunakan cili kisar.
Hidangan ini menggunakan santan yang agak banyak dan disempurnakan dengan pelbagai bahan, jadi aromanya lebih berasa. Kalau makan dengan ulam dan sambal hijau, fuh memang merecik.
Bahan Kisar :
Bawang Putih
Bawang Merah
Halia
Kunyit hidup
Cili Merah
Cili Padi
Bahan Lain :
Ayam
Santan
Serai dan lengkuas diketuk
Daun limau dan daun kunyit (hiris besar)
Gula
Garam
Cara :
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan ayam dan biarkan seketika. Masak sehingga ayam mengecut. Boleh tambahkan sedikit air dan biarkan dalam 10 hingga 15 minit.
- Selepas itu masukkan serai dan lengkuas yang telah diketuk, daun limau dan daun kunyit.
- Masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam.
Sumber : Naddy’s Kitchen