Musim Durian dah berlalu tapi Admin pasti ramai yang jadikan tempoyak daripada beli Durian banyak banyak tu kan? Jadi, apa kata peminat tempoyak cuba resepi perkongsian di bawah oleh seorang pengguna Facebook ini. Boleh guna untuk telur ayam atau itik. Sekali sekala kita cuba resipi lain dari yang lain ni.
Terima kasih Fastabiqul Khoirot untuk perkongsian resipi Gulai Tempoyak Telur Goyang ini 🙂
Bahan-bahan:
Cili padi
Cili besar
Bawang putih (goreng dahulu)
Tempoyak
Serai (diketuk)
Telur (goreng dahulu)
Garam
Gula
Asam keping
Santan
Sedikit serbuk kunyit
Cara memasak:
- Blend cili padi, cili besar, bawang putih dan tempoyak.
- Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk, masukkan air dan serai.
- Apabila kuah sudah mendidih, masukkan sedikit santan dan serbuk kunyit.
- Boleh masukkan timun/petai/nenas muda ikut kesukaan.
- Akhir sekali masukkan telur. Perasakan ikut citarasa anda.
Masak gulai tempoyak anda di dalam Forall Cast Iron Balti Dish untuk rasa yang lebih wow!
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fastabiqul Khoirot (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos