Hari ini kita nak cuba buat Roti Puri yang viral waktu awal-awal PKP haritu. Senang je rupanya. Cuma kita kena banyak kali practice untuk jadikan roti puri tu cantik. Makan dengan sardin panas-panas, lagi bertambah sedap!
SARDIN
Bahan bahan:
1/2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih yang di potong cincang
1/2 cili potong
garam secukup nya.
1/2 biji tomato
Cara Memasak:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Selepas itu, masukkan 1/2 biji cili potong yang dihiris.
3. Kemudian, masukkan sardin.
4. Masukkan 1/2 biji tomato.
5. Akhir sekali, masukkan garam secukupnya.
PURI
Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu garam
1/2 cawan air kosong
Cara memasak:
1. Masukkan 2 cawan tepung gandum. 3 sudu besar minyak masak. dan kemudian 1/2 sudu garam. Gaul rata.
2. Kemudian, masukkan air kosong. Masukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tidak menjadi lembik.
3. Uli doh dan pastikan doh tu dah tak melekat di tangan dan bekas.
4. Selepas itu, tutup doh rehatkan selama 7 hingga 10 minit.
5. Selepas 10 minit, ambil sikit adunan dan rol kan jadi bulat. Canai adunan sehingga nipis tetapi tidak terlalu nipis.
6. Panaskan minyak dan masukkan doh yang sudah dicanaikan tadi.
7. Jirus minyak panas atas roti puri supaya ia kembang. Jangan lupa untuk terbalik kan dan angkat bila sudah kekuningan sedikit.
8. Siap untuk dihidangkan bersama sardin tadi.
Selamat mencuba!
Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/