fbpx

Guna 4 Bahan Sahaja Untuk Buat Resepi Donut Gebus Ni!

iCookAsia

Sebut je pasal donut, mesti ramai suka terutamanya donut ni menjadi salah satu makanan kesukaan kanak-kanak. Makan donut yang disalut gula hancur tu pun dah sedap tau. Tapi kali ni, Admin nak share satu resepi nak buat donut tapi hanya dengan menggunakan 4 bahan je tau. Sangat mudah dan yang penting, ianya rangup diluar dan lembut di dalam.

Anda hanya perlu tambah topping sahaja. Jom! 

Terima kasih Eti Nur Syafiraa untuk perkongsian resipi Donut Gebus ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

1 paket yis mauripan

2 sudu susu pekat

Air suam

Sedikit garam

Bahan B:

850 g tepung gandum

4 sudu besar marjerin

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, bancuh yis mauripan dengan setengah gelas air suam. Jangan terlalu panas sangat kerana nanti yis tak naik.
  2. Tambah 2 sudu besar susu pekat dan masukkan sedikit garam. Tunggu sehingga yis naik dan berbuih.
  3. Seterusnya, gaulkan tepung gandum bersama marjerin. Jangan letak marjerin banyak-banyak. boleh letak 4 sudu besar.
  4. Kemudian, gaul. Masukkan bahan A, tambah sedikit air sehingga jadi doh.
  5. Tunggu sehingga doh naik, selepas itu, boleh buat bentuk bulat-bulat atau dengan menggunakan acuan donut.
  6. Rehatkan sekejap doh yang sudah di bentuk.
  7. Goreng dan toskan minyak. Kemudian letakkan topping mengikut citarasa sendiri.
  8. Boleh guna gula kastor atau chocolate atau chocolate rice atau Nutella

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eti Nur Syafiraa(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x