Ayam Bakar dicicah dengan sos thai? Fuh tak terbayang keenakan hidangan ini. Cukup rasa ayam bakar digandingkan dengan sos kegemaran masing-masing. Boleh bakar guna air fryer sahaja. Mudah dan jimat masa.
Terima kasih Jom Masak Channel untuk perkongsian resipi Resepi Ayam Bakar ini 🙂
Bahan- bahan:
Ayam
Bawang putih
Butter
Sos cili
Sos tiram
Sos tomato
Kicap
Lada hitam
Gula
Garam
Cara membuat:
- Mula-mula, tumbuk 2 ulas bawang putih.
- Gaulkan garam dan bawang putih bersama ayam yang telah dibersihkan.
- Kemudian, cairkan 1 sudu mentega dalam pan anda.Â
- Masukkan 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos tomato, 2 sudu sos cili, sedikit kicap 1 sudu kecil gula dan gaaram. Gaul dan masak seketika.
- Masukkan pula sedikit lada hitam dan gaulkan.
- Gaulkan dengan ayam dan tinggalkan sedikit untuk sapu.
- Seterusnya, bakar menggunakan air fryer pada suhu 200 selama 35 minit.
- Balikkan ayam pada minit yang ke-17.
- Sapukan sos tadi pada ayam dan sambung bakar. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Jom Masak Channel(YouTube)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity