fbpx

Guna Air Fryer Pun Boleh Buat Ayam Bakar Yang Sesedap Resepi Ini

iCookAsia

Ayam Bakar dicicah dengan sos thai? Fuh tak terbayang keenakan hidangan ini. Cukup rasa ayam bakar digandingkan dengan sos kegemaran masing-masing. Boleh bakar guna air fryer sahaja. Mudah dan jimat masa.

Terima kasih Jom Masak Channel untuk perkongsian resipi Resepi Ayam Bakar ini 🙂

Bahan- bahan:
Ayam
Bawang putih
Butter
Sos cili
Sos tiram
Sos tomato
Kicap
Lada hitam
Gula
Garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumbuk 2 ulas bawang putih.
  2. Gaulkan garam dan bawang putih bersama ayam yang telah dibersihkan.
  3. Kemudian, cairkan 1 sudu mentega dalam pan anda. 
  4. Masukkan 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos tomato, 2 sudu sos cili, sedikit kicap 1 sudu kecil gula dan gaaram. Gaul dan masak seketika.
  5. Masukkan pula sedikit lada hitam dan gaulkan.
  6. Gaulkan dengan ayam dan tinggalkan sedikit untuk sapu.
  7. Seterusnya, bakar menggunakan air fryer pada suhu 200 selama 35 minit.
  8. Balikkan ayam pada minit yang ke-17.
  9. Sapukan sos tadi pada ayam dan sambung bakar. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Jom Masak Channel(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x