Kadang-kadang teringin kan nak makan di restoran Thai? Terkenal dengan keenakan dan hidangan yang luar biasa. Tapi anda tak perlu risau, hari ini Admin nak kongsikan satu resepi Ikan Stim Limau yang rasa dia sama macam di kedai Thai. Terliur ni, tak sabar nak buat.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Zafirah Zawawi perkongsian resipi Ikan Stim Limau ini 🙂
Bahan-bahan:
Ikan siakap
Bawang putih (Cincang atau potong dadu)
Halia (hiris)
Serai 1 batang untuk hiris dan 2 batang untuk diletak dalam ikan.
Cili padi merah dan hijau
Asam Limau
Daun ketumbar (akarnya jangan buang, rebus sekali bersama ikan)
Garam atau sos ikan untuk perasa
Cara membuat:
- Pertama sekali, bersihkan ikan siakap, kalau taknak bau hanyir, cuci dengan asam limau atau lemon. Letak 1 kiub pati ayam di seluruh ikan dan serai di celah ikan.
- Kemudian, rebus ikan pakai kuali sahaja.
- Letak akar daun ketumbar atau daun ketumbar sekali.
- Seterusnya, rebus dalam 10 minit.
- Selepas itu, boleh letak bahan-bahan yang sudah disediakan tadi sehingga masak.
- Untuk perasa, boleh letak sos ikan atau garam.
Kalau tidak mahu terlalu pedas, boleh letak cili padi akhir sekali.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zafirah Zawawi(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity