in ,

Hanya Guna 4 Bahan Je Untuk Buat Kuih Dangai Ini. Kuih Tradisi Yang Jarang Jumpa Sekarang.

Sudah pada zaman moden ini, sudah pasti ada kuih tradisional yang sudah semakin jarang jumpa oleh orang kita. Contohnya Kuih Dangai ini yang kebiasaannya dihidang pada waktu sarapan atau makan petang. 

Kalau anda tak pernah jumpa dan cuba makan hidangan ini, jom buat. Mudah dan sedap tau! 

Terima kasih Zahrah Juli untuk perkongsian resipi Kuih Dangai ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan kelapa parut putih 

1 cawan tepung pulut

1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Gaul semua bahan diatas hingga sebati.
  2. Apabila sudah sebati, masukan ke dalam loyang. Jangan ditekan adunan sekadar letak sahaja supaya kuih tidak mampat. 
  3. Panaskan oven pada suhu 150. Kemudian, bakar dalam 30minit atau sehingga sedikit garing. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zahrah Juli (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.