in , ,

Hebatnya Telur. Mampu Kuruskan Badan. Bahan Paling Murah Untuk Jaga Kesihatan

1. Kaya dengan protein
Protein membantu pembentukan fungsi penting dalam badan seperti merangsang pertumbuhan dan memperbaiki sel-sel tubuh. Terdapat sekitar 6 gram protein dalam sebiji telur.

2. Kesihatan mata
Telur mengandungi Vitamin A, Zeaxanthin serta Lutein yang merupakan dua antioksidan yang bagus untuk mata. Malah, telur turut digunakan untuk mengubati katarak.

3. Vitamin B dan sumber folat
Folat sangat penting untuk menjaga kesihatan ibu hamil dan janin yang dikandung. Malah folat juga membantu perkembangan otak janin dan mengurangi risiko kelahiran pra-matang. Sebiji telur mengandungi nutrisi kolin yang berupaya membantu perkembangan otak kanak-kanak.

4. Membantu diet
Telur mengandungi protein yang mampu membuatkan perut kenyang dan sekaligus menghindarkan rasa ingin makan berlebihan.

5. Kesihatan tulang
Vitamin D yang terdapat dalam telur berfungsi sebagai vitamin untuk membantu penyerapan kalsium bagi tulang.

6. Rambut dan kuku
Kandungan vitamin A, vitamin E, asid amino dan mineral bagus untuk kesihatan rambut dan kuku. Gunakan telur sebagai tonik rambut. Campurkan putih telur bersama air dan sapukan kepada rambut.

7. Membentuk otot
Kandungan protein yang tinggi dalam telur digunakan untuk membantu perkembangan otot. Malah, mengkonsumi telur secara kerap memberikan kekebalan terhadap penyakit.

8. Pesakit kanser
Bahagian telur putih sangat disarankan untuk pesakit yang sedang menjalani rawatan kimoterapi. Ianya berfungsi sebagai rawatan luka dan sakit tulang.

9. Kecantikan
Pupur wajah yang diperbuat daripada telur memberi manfaat yang besar kepada kecantikan wajah. Selain mengenyalkan kulit, ianya juga membuatkan kulit tampak lebih cerah. Protein yang terdapat dalam telur membantu memulihkan sel kulit mati.

Foto : Google

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0