fbpx

Hidang Kek Butter Premium Dan Klasik Che Nom Untu Makan Petang Memang Kena

iCookAsia

Yang suka makan Kek Butter, anda wajib cuba resepi menjadi Che Nom ini. Nak buat untuk jamuan pun sangat sesuai. Sekali rasa mesti tak cukup semua orang makan.

Terima kasih Che Nom untuk perkongsian resipi Resepi Kek Butter Premium Dan Klasik ini 🙂

Bahan- bahan:
250 g atau 2 cawan tepung naik sendiri
200 g atau 1 cawan gula kastor
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
250 g mentega tak bergaram
4 biji telur (saiz A atau B)
1 sudu kecil esen vanila
80ml atau 1/3 cawan susu penuh krim

Cara membuat:

  1. Mula-mula, ayak tepung naik sendiri, serbuk penaik dan garam (untuk mentega yang tidak bergaram). Kemudian gaul bahan-bahan tadi dengan sudu atau whisk supaya bergaul sekata.
  2. Masukkan butter (pastikan butter telah lembut) dan gula kastor dalam mixer dan putar sehingga kembang atau kuning pucat.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus putar sehingga kembang sebati.
  4. Masukkan esen vanilla.
  5. Masukkan adunan kering berselang seli dengan susu full cream sampai habis.
  6. Kacau dengan tangan sehingga sebati untuk elakkan terlebih mengadun.
  7. Gris permukkan loyang dengan butter atau magerin dan lapik dengan kertas baking.
  8. Tuang kesemua adunan dalam loyang, ratakan bahagian permukaan dan hentak 2-3 kali untuk mengelakkan gelembung/ rongga besar dalam kek.
  9. Bakar selama 160-170 C selama 35-45 minit.

Tips:

  1. Kalau nak rasa premium kena guna pure butter (Golden Churn Butter, President Butter) buttercup bukan pure butter tapi boleh guna, tiada masalah.
  2. Che nom tak putar lama sangat dengan mixer bila dah masukkan tepung takut terlebih hasilkan gluten dan kek akan keras.
  3. Test cucuk kek dengan lidi. Kalau lidi keluar bersih maknanya kek dah masak. kalau masih basah, cepat-cepat masukkan dalam oven dan bakar semula.
  4. Kalau semasa bakar, permukaan kek dah cukup perang, turunkan sikit suhu oven atau tutup permukaan kek dengan aluminium foil supaya tak hangus.

Nota tambahan:

  1. Jika guna tepung gandum atau tepung kek, sukatan baking powder ialah 2 sudu kecil.
  2. Jika guna mentega salted, tidak perlu lagi tambah garam

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Che Nom(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x