in ,

Hidangan Air Susu Badam Untuk Orang Yang Diet Pada Bulan Ramadan Ini. Sedap Di Minum Pada Waktu Sahur. Resepi #Ramadan

Tular pada awal Ramadan dengan hidangan air Susu Kurma buat sahur. Memang betul sedap dan boleh buat anda cergas bertenaga sepanjang hari. Tetapi, untuk resepi kali ini, Admin kongsikan satu lagi hidangan air yang menggunakan Badam. Ditambah pula dengan sedikit madu. Pasti sedap kan? Jom cuba buat!

Terima kasih Nurul Jannah untuk perkongsian resipi Susu Badam ini ๐Ÿ™‚

Bahan-bahan:

50g badam

2 mangkuk kecil air mineral

Madu

Cara penyediaan:

  1. Rendam badam semalaman, basuh bersih kisar dengan air mineral dan madu (tahap kemanisan, boleh ikut citarasa masing-masing).
  2. Setelah siap dikisar, tapis untuk dapatkan susunya sahaja dan tuang ke dalam botol kaca/ botol bebas BPA.
  3. Tabur badam panggang beberapa biji dan sejukkan boleh minum sejuk-sejuk waktu sahur.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐Ÿ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0