Mesti ramai suka makan lauk Ayam Masak Merah kan? Hidangan yang cukup puas hati dan lagi sedap kalau dimakan di kenduri kahwin. Dapat pula yang memang pekat dan cukup rasa.
Terima kasih Zurida Hassan untuk perkongsian resipi Ayam Masak Merah ini 🙂
Bahan- bahan (Untuk 1 ekor ayam):
Bahan A (Dikisar):
15 tangkai cili kering (Kalau nak kuah banyak lebihkan)
Bawang merah
Bawang putih
3 batang serai
Halia
2 biji buah tomato
3 biji cili merah besar
Lengkuas (Optional)
Bahan B (Tumisan):
1 batang serai
Daun pandan
4 sekawan
Cara membuat:
- Mula-mula, gorengkan ayam separuh masak.
- Kemudian, gunakan minyak goreng ayam tadi dan tumiskan bahan-bahan B.
- Masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar.
- Boleh letak gula awal-awal dan garam serta ajinomoto jika suka.
- Masak dengan api yang sederhana hingga pecah minyak.
- Seterusnya, masukkan santan, kalau tak suka boleh gantikan dengan susu cair.
- Masukkan sos cili atau tomato.
- Akhir sekali, masukkan ayam dan gaul hingga sebati.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zurida Hassan(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity