fbpx

Hidangan Bihun Tomyam. Guna Pes Tomyam Ini, Confirm Bertambah Sedap, Kalah Kedai Thai.

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak gemar untuk pesan Tomyam campur apabila singgah ke kedai Tomyam Thai kan? Admin pasti ramai yang rindu untuk makan sebegitu di Restoran. 

Untuk mengubati rindu dan jimat duit, apa kata anda cuba resepi daripada seorang pengguna Facebook ini iaitu Bihun Tomyam. Kalau tak minat bihun, boleh juga buat kuah tomyam sahaja atau dihidang bersama Kuey Teow atau Nasi putih. Memang puas!

Terima kasih Ameera untuk perkongsian resipi Bihun Tomyam ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan besar Air

Akar Ketumbar

1 biji bawang besar (dipotong 6) 

5 helai daun limau purut

1 batang serai

1 batang lobak merah

2 biji cili padi (nak pedas lagi, boleh tambah)

Udang secukupnya

Isi Ayam secukupnya

1 biji tomato

1 sudu makan Pes Tomyam

2 sudu makan sos ikan

1 biji limau nipis (perah)

Garam secukupnya

Daun Ketumbar

Cara memasak:


1. Masukkan air dan biarkan ia menggelegak dulu.


2. Kemudian, masukkan akar ketumbar, bawang besar, daun limau purut, serai, lobak merah dan cili padi.


3. Untuk isi, boleh masukkan udang dan isi ayam (Nak letak isi sotong pun boleh, ikut suka anda).


4. Kemudian, masukkan kiub ayam dan biarkan masak hingga menggelegak lagi.


5. Masukkan tomato, pes Tomyam, sos ikan, limau nipis dan Garam secukupnya.


6. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar. Hidangkan bersama bihun.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ameera (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x