fbpx

Hidangan Sayur Pak Choy Dan Tauhu Telur Yang Menyegarkan Badan. Sangat Berkhasiat.

iCookAsia

Cuaca di Malaysia sekarang tidak menentu. Kejap panas, kejap sejuk dan hujan lebat. Tetapi, baru baru ini cuaca hanya hujan lebat. Sejuk sahaja suasana pada siang hari. 

Sudah pasti apabila cuaca sejuk ini, sangat best kalau dapat hidangan makanan atau air yang panas dan boleh menyegarkan badan. Kalau orang barat ini, sudah pasti mereka membuat Hot Chocolate. Tetapi orang Melayu? Sama ada air panas atau pun Sup. Haa, alang-alang tu boleh lah buat Sup yang berkhasiat dan boleh mengenyangkan perut anda. Betul tak? Jom cuba resepi di bawah, confirm anda suka!

Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Sayur Pak Choy Dan Tauhu Telur ini 🙂

Cara penyediaan:

  1. Sediakan sayur pak choy dan tauhu telur. Tauhu telur dipotong beberapa bahagian kemudian digaulkan bersama tepung jagung. Goreng tauhu sehingga kuning keemasan kemudian ketepikan.
  2. Tumis bawang putih dan cili hijau. Kemudian masukkan sedikit air dan sos tiram. 
  3. Bila mendidih, masukkan lobak merah dan seleri.
  4. Apabila sudah agak lembut, masukkan sayur pak choy dan sedikit garam.
  5. Selepas itu, masukkan bancuhan tepung jagung.
  6. Apabila kuah dah likat, masukkan tauhu goreng. Kacau sekejap dan angkat. Letakkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang dan bawang goreng.

*Tauhu yang telah digoreng juga boleh dimasak dengan beberapa lauk seperti tauhu berlada, tauhu sup atau mee soto tauhu.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x