fbpx

Hidangan Tomyam Sesuai Untuk Lunch, Lagi Sedap Dengan Kuah Masam Dan Pedas

iCookAsia

Mesti terfikir nak makan apa untuk tengahari kan? Apa kata masak Tomyam sahaja, sedap pula tu. Simple dan mudah, yang penting nikmat je hirup kuah yang masam-masam pedas rasanya. Nak makan dengan nasi atau mi pun boleh.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Mastura Razali perkongsian resipi Tomyam ini 🙂

Bahan-bahan:

Isi ayam / udang / sotong

Carrot

Bunga kubis

Jagung muda

Celery

Cendawan (boleh guna enoki)

Bawang holland

Bawang putih

Lengkuas

Serai

Daun limau purut

Akar ketumbar

Tomato

Daun ketumbar

Susu sejat

Pes tomyam (Boleh guna pes tomyam ini best seperti dalam gambar, tak perlu masuk cili padi, pedasnya sudah terasa)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, rebus air masukkan akar ketumbar.
  2. Masukkan isi ayam, masak sampai agak mendidih.
  3. Kemudian, masukkan bawang-bawang, lengkuas, serai dan daun limau purut.
  4. Masukkan, pes tomyam, boleh guna 1 botol pes, botol kecil sahaja, lebih kurang dalam 4 sudu besar.
  5. Seterusnya, boleh masukkan sayur-sayur, masukkan cendawan last sekali. Masukkan masuk yang keras-keras sahaja dulu.
  6. Perasakan dengan garam dan aji.
  7. Masukkan sotong dan udang diikuti dengan susu cair.
  8. Akhir sekali, masukkan cendawan dengan tomato. Jangan lupa masukkan daun ketumbar, kalau ada sos ikan boleh masukkan. Kalau tiada, tidak apa. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mastura Razali(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x