Terlalu banyak resepi yang menggunakan Ayam. Selera pun dah mula bosan, dan perut teringin Ikan atau makanan seafood. Tetapi, adakah anda tiada idea nak masak lauk apa dengan ikan?
Disini Admin kongsikan, resepi #Ramadan yang sangat sesuai dijadikan lauk waktu sahur. Simple sahaja. Menggunakan Ikan Kembung atau Ikan Temenung ini, pastu perut anda senang hati.
Terima kasih Siti Fatimah untuk perkongsian resipi Ikan Temenung Masam Manis ini 🙂
Bahan-bahan:
Ikan temenung 3 ekor (goreng bersama serbuk kunyit dan ketepikan)
1 batang serai
Bawang kecil 4 ulas
Bawang putih 2 ulas
2 biji cili merah
6 biji cili padi
Halia satu inci
*Semua bahan di atas, blend ya
Bahan lain:
Pati ayam knorr seketul
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam dan gula
Hiasan
Cili padi 6 biji
Bawang besar ½ biji
Sedikit daun bawang
Cara memasak:
- Tumiskan bahan-bahan yang di blend hingga kekuningan.
- Kemudian masukkan air asam jawa dan masak hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan, garam, gula dan pati ayam knorr. Tunggu sampai kuah betul-betul pekat, baru masukkan ikan dan hiasan seperti cili padi, bawang besar dan daun bawang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Fatimah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/