fbpx

Ikut Resepi Ini Untuk Hasilkan Tart Jem Strawberry Yang Lembut, Sedap Dan Kemas.

iCookAsia

Biasa kita makan Kuih Tart ni pada musim perayaan je kan? Tapi tak salah untuk dihidang pada hari biasa. Boleh buat jajan atau snack pada waktu sedang buat kerja atau tonton TV. 

Nak buat ni senang je, bahan-bahan yang digunakan pula boleh dapatkan dengan mudah. Jom buat!

Terima kasih Noor Suhaida untuk perkongsian resipi Tart Jem Strawberry ini 🙂

Bahan-bahan:

250 gram butter

80 gram gula icing

2 biji kuning telur

1 sudu kecil esen vanilla

Sedikit pewarna kuning telur

1 cawan serbuk badam/1 cawan serbuk susu full cream

200gm tepung custard

60gm tepung jagung

180gm tepung gandum

Cara membuat:

  1. Kacau sebati butter dan gula icing
  2. Masuk 2 biji kuning telur, esen vanila satu sudu dan pewarna kuning telur,  kacau sebati. 
  3. Masukkan pula 1 cawan serbuk badam atau 1 cawan serbuk susu full cream, kacau sebati juga.
  4. Masukkan 200 gram tepung custard dan 60 gram tepung jagung. Kacau sebati dan masukkan tepung gandum sampai jadi doh tidak lekat pada tangan.
  5. Terap adunan guna acuan.
  6. Letak jem strawberry dan boleh bakar pada suhu 150-160 selama 25 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noor Suhaida (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x