in , , ,

Ikut Resipi Ini Supaya Nasi Impit Tidak Mudah Berderai. Masukkan Sedikit Santan Agar Lebih Berlemak

Biarpun cara membuat nasi impit nampak mudah, namun jika tersilap langkah, nasi impit yang disediakan mungkin akan pecah berderai sewaktu memotongnya.

Resipi perkongsian Mısw Amal ini juga memberi tip untuk melemakkan lagi nasi impit dengan mencampurkan sedikit santan dan daun pandan untuk menaikkan lagi aromanya.

Menurut resipi ini, nisbah sukatan beras dan air ialah satu bahagian beras bersamaan dengan tiga bahagian air. Kemudian perasakan sedikit garam. Untuk memotong nasi impit, disarankan menggunakan pisau plastik.

 

Cara :

  1. Cuci beras dengan bersih dan masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi ataupun pressure cooker.
  2. Setelah masak, biarkan ia sejuk di dalam periuk .
  3. Jika mahukan aroma daun pisang yang wangi, ambil nasi yang lembik tadi dan balut kemas-kemas di dalam daun pisang. Susun dan biarkan pada suhu bilik.
  4. Selain itu, boleh juga masukkan nasi yang dimasak ke dalam loyang, kemudian padatkan dan biarkan sejuk. Kemudian barulah dipotong menggunakan pisau plastik.

Kredit resipi & foto : Mısw Amal

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0