fbpx

Ini Cara Buat Mee Bandung Paling Mudah Untuk Orang Busy. Bahan Memasak Pun Senang Je Nak Dapatkan!

iCookAsia

Apabila disebut hidangan Mee Bandung ini, kebanyakkan daripada kita akan terbayang keenakkan Mee Bandung daripada Muar. Betul tak? Tetapi, takkan nak makan bila sampai dia Muar, Johor sahaja kan? Sementara tunggu untuk berjalan-jalan, apa kata cuba masak daripada perkongsian resipi di bawah?

Terima kasih Halimatussaadiah Sidek untuk perkongsian resipi Mee Bandung ini 🙂

Anggaran utk mee ½ kg

Bahan untuk dikisar:

Bawang besar 2 biji

Bawang putih 2 ulas

Lada kering 10 tangkai (kurangkan kalau tidak mahu pedas)

Udang kering 2 paket (bernilai RM1.50)

Bahan lain:

Mee kuning ½ kg

Kacang tanah segenggam (goreng dan tumbuk)

Tepung gandum 2 sudu bancuh bersama air (biar cair)

Gula, garam dan ajinomoto

Daging, Sotong dan udang (ikut suka)

Sayuran (sawi, carrot, tauhu)

Daun sup

Bawang goreng

Telur

Cara membuat:

  1. Tumis bahan kisar dan letak gula. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masuk daging dan kacang tanah.
  3. Masuk air lebih kurang 1 jug.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan bancuhan tepung tadi.
  5. Masukkan segala seafood.
  6. Masukkan sayur, daun sup dan bawang goreng.
  7. Akhir sekali, gula, garam, ajinomoto secukupnya.
  8. Pecah telur sebiji demi sebiji. Jangan bagi pecah/ hancur telur nya. 
  9. Masukkan mee yang sudah dicuci.

*Mee boleh juga dicelur dahulu dan selepas itu, dan hidangkan di dalam mangkuk dan curah kuah yang masih hangat lagi.

**Tepung adalah untuk pekatkan kuah. Kebiasaannya, guna tepung jagung tetapi boleh juga gunakan tepung gandum.

  1. Sudah siap, bolehlah letak ke dalam mangkuk dan tabur bawang goreng dan daun sup.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Halimatussaadiah Sidek (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x