fbpx

Ini dia 4 Tips Untuk Elak Kuih Puteri Ayu Jadi Bantat. Confirm Menjadi Lepas Ni!

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak tahu Kuih Tradisi, Kuih Puteri Ayu ini. Banyak resepi yang telah dikongsikan tapi mungkin ada di antara kita yang masih tidak menjadi nak buat Kuih ini. 

Nampak mudah sebab menggunakan teknik mengukus. Tapi proses membuat Kuih ini perlu berhati-hati. Jangan terlebih cair santan, pukul betul-betul kembang dan pelbagai lagi. Jom kita tengok apa dia tips atau petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dalam membuat Kuih Puteri Ayu lebih menjadi. 

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian tips ini 🙂

Tips:

  1. Kalau nak guna santan segar dan air daun pandan, pastikan santan dan air daun pandan tak terlalu cair. Blend sekali kelapa dan daun pandan. Cuma, letak 1 cawan air sahaja. Memang sedang-sedang elok sahaja, tak cair, tak pekat sangat. Letak banyak air nanti memang akan dapat cecair yang banyak.
  2. Pastikan telur, gula dan ovalette dipukul betul-betul kembang. Apabila angkat mixer, adunan akan jatuh bentuk V.
  3. Air didihan dalam periuk pastikan jangan mati. Maksudnya air perlu sentiasa mendidih. Kalau tidak, kuih akan jadi bantat kalau air tidak mendidih masa letak adunan ke dalam pengukus.
  4. Tips paling penting, balut tudung pengukus dengan kain.

Semoga bermanfaat! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit tips dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x