fbpx

Ini Dia Rahsia Resepi Ayam Goreng Tepung ala KFC. Memang Betul-Betul Sedap!

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak suka ayam goreng keluaran KFC kan? Ayamnya begitu rangup, pedas, dan berjus. Tapi pernah tak anda nak cuba buat Homemade je tapi tak jadi? 

Jom ikut perkongsian resepi daripada seorang pengguna Facebook ini, dimana beliau membuat Ayam Goreng Tepung ala KFC. Tengok gambar pun dah tahu hasilnya rangup dan sedap berjus. Jom cuba!

Terima kasih Noor Suhaida untuk perkongsian resipi Ayam Goreng Tepung ala KFC ini 🙂

Bahan A

2 cawan tepung gandum

1 cawan tepung jagung

6 sudu tepung beras

4 sudu serbuk cili babas

1 kiub pati ayam

*Gaul semua bahan di atas bagi sebati.

Bahan B

5 biji telur

2 sudu besar maggi cukup rasa

1 sudu serbuk jintan manis

1 sudu serbuk lada hitam

Caranya:

  1. Kacau sebati semua bahan. 
  2. Selepas itu, masukkan 5 ke 6 sudu daripada bahan A bagi jadi pekat supaya boleh salut ayam.

Bahan C

Seekor ayam potong seketul-seketul (digaul dengan garam halus)

Cara penyediaan:

  1. Celup ayam dalam bahan B.
  2. Selepas itu, salut dengan bahan A dan goreng dalam minyak yang banyak (tenggelam semua ayam) sampai masak elok.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noor Suhaida (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x