fbpx

Ini Dia Resepi Rahsia Roti Paung Yang Berkilat Cantik Dan Lembut. Cuba, Jangan Tak Cuba.

iCookAsia

Ada yang gemar menikmati hidangan Roti Manis atau roti kosong yang dicicah bersama air milo atau teh? Sedap dimakan pada waktu rehat atau cuaca sedang sejuk. Kalau anda kehabisan roti di rumah, boleh cuba buat Roti Paung yang cantik, gebu dan lembut ini. 

Perkongsian resepi daripada seorang pengguna Facebook ini menjadi tumpuan ramai. Tengok sahaja pada gambar, nampak sangat menyelerakan. Jom cuba!

Terima kasih Norhazura Harun untuk perkongsian resipi Roti Paung Lembut ini 🙂

Bahan-bahan:

500gm tepung high protein/tepung gandum 

2 sudu makan susu tepung ikut anda 

100gm mentega

11gm yis 

100gm gula halus (nak manis sikit, boleh lebihkan gula)

Telur 1 biji

230gm air sejuk 

Cara membuat:

  1. Satukan semua bahan dan uli.
  2. Biar adunan naik satu kali ganda.
  3. Bulat-bulatkan doh kecil-kecil. 
  4. Letak dalam loyang yang di oles sedikit mentega.
  5. Biar doh kembang sedikit dan sebelum nak bakar tu, spray atas roti atau biar kilat. Selepas itu, bakar dalam oven pada suhu 160″ selama 15-20 minit.
  6. Apabila sudah masak, keluarkan dari oven dan gris kan dengan mentega pada atas roti. Baru roti comel dan berkilat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norhazura Harun (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x