Sekarang ini, memang trend untuk para suri rumah, untuk menyusun atau organize dapur dan peti sejuk secara tersusun dan cantik. Untuk penjagaan pula, pelbagai tips kita jumpa sekarang. Tapi masih ada ke yang mencari tips untuk simpan lama cili di peti sejuk?
Bila beli cili ni, simpan di peti sejuk tak sampai seminggu dah boleh kecut dan lembik kan? Membazir je beli banyak tapi dah rosak. Jadi jom ikut tips daripada seorang pengguna Facebook ini.Â
Terima kasih KUALI KAK HAS untuk perkongsian tips ini 🙂
Caranya:
- Gunakan tisu basah, jangan guna tisu biasa sebab cepat koyak. Lapikkan dalam bekas.
- Bersihkan cili dan buang tangkai. Letakkan cili diselang selikan dengan bawang putih yang sudah dikopek.Â
Semoga bermanfaat! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: KUALI KAK HAS (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos