Setiap orang punya rahsia tersendiri dalam masakan kan? Walaupun menggunakan resipi yang sama, namun cara memasak yang berbeza akan menghasilkan rasa yang berbeza.
Seperti bihun goreng perkongsian Zara Zahara ini, jelasnya bihun goreng yang disediakan kakak ipar merupakan yang paling sedap pernah dinikmati. Jelasnya antara bahan utama yang digunakan ialah air asam jawa dan udang kering atau ikan bilis yang banyak. Barulah umphhh rasanya.
Bahan :
Bihun – rendam sehingga lembut
Udang kering
Cili boh/lada kering – dikisar
Asam jawa – bancuhkan dengan air, buang biji sahaja. Hampas tak perlu buang, masukkan dalam masakan
Tomato – potong dadu. Pilihan
Sos cili
Sos tiram
Kicap manis
Garam
Ajinomoto
Isi ayam ( bagi yang nak letak isi ayam)
Bahan kisar :
Bawang besar
Bawang putih
Cili api – lebihkan bagi yang suka pedas
Udang kering
Cara :
- Tumis bahan yang telah dikisar dan udang kering sehingga pecah minyak. Udang kering ini ada dua versi. Versi satu dikisar dan versi dua udang kering yang belum dikisar ditambah sewaktu menumis.
- Masukkan cili boh dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
- Tambahkan sedikit air, agak-agak sahaja supaya boleh sebatikan bihun. Masukkan pula isi ayam, sos cili, sos tiram, garam, ajinomoto dan air asam jawa. Kacau sehingga mendidih dan baru masukkan tomato. Perasakan sekali lagi sehingga cukup rasa.
- Masukkan bihun dan kicap manis secukupnya. Kacau sehingga sebati. Jangan kacau kuat sangat kerana bihun hancur.
- Apabila air sudah agak kering, perlahankan api supaya tidak hangit. Kacau lagi sehingga bihun masak sepenuhnya.
Kredit resipi & foto : Zara Zahara
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/