fbpx

Jadikan Buah Kegemaran Anak Kepada Donut Comel Seperti Donut Buah Naga Ini. Nak Tukar Buah Lain Pun Boleh.

iCookAsia

Buah Naga ini memang menjadi tumpuan ramai. Hanya kerana warna merah jambu atau pink yang lain daripada buah-buahan yang lain. Cantik dan warna daripada Buah Naga ni pun memang pekat. Boleh melekat warna nya bila dipegang. Haa, tapi bukan sebab pewarna ya!

Disebabkan warnanya begitu comel, seorang pengguna Facebook telah membuat dan berkongsikan resipi Donut Baby Buah Naga. Hanya kerana buah ini menjadi kegemaran anak beliau, terus cuba buat versi Donut. Beliau kata kalau nak buat Donut ini menggunakan buah yang lain pun boleh. Jadi, durian boleh ke? 

Terima kasih Farisha Sofea untuk perkongsian resipi Donut Buah Naga ini 🙂

Bahan-bahan

Bahan A:

250g tepung gandum tanpa bahan peluntur

2 sudu kecil minyak zaitun

5 sudu besar buah naga (sudah dilenyek)

1 sudu kecil yis 

Bahan B:

1 sudu besar susu penuh krim

Cara membuat:
1. Satukan ke semua Bahan A di dalam mangkuk dan ramas sehingga sebati. Kemudian, masukkan Bahan B.

*Jika adunan Bahan A sudah menjadi doh, tidak perlu masukkan Bahan B. Ini kerana buah naga yang dilenyek sudah mempunyai air.
**Uli seketika sehingga doh menjadi lembut dan ringan.
2. Kemudian perapkan selama 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda.

3. Tumbuk-tumbukkan doh tersebut dan bulat-bulatkan kepada beberapa bahagian kecil atau boleh juga dicanai dan diterap menggunakan acuan.
4. Sementara itu, panaskan minyak menggunakan api sederhana.

5. Setelah siap, rehatkan lagi doh sehingga kembang dan ringan. Kemudian goreng hingga keemasan. Balikkan doh dua kali sahaja.


6. Apabila permukaan bawah sudah masak, terbalikkan dan biarkan bahagian atas tadi masak dengan sempurna barulah diangkat dan ditoskan minyak. Sejukkan seketika.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Farisha Sofea (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x